Selepas melancarkan Razer Blade 14, Opus X, dan Hammerhead TWS X bulan lalu, Razer kini menampilkan fon kepala gaming terbaru.

Razer Barracuda X merupakan sebuah fon kepala gaming tanpa wayar dengan kemampuan penyambungan ke pelbagai peranti.

Didatangkan dengan penyambungan (dongle) USB-C, ia boleh dipasangkan bersama peranti seperti Nintendo Switch, PC, PlayStation dan telefon pintar. Razer turut menyediakan kabel USB-A-USB-C, penyesuai USB-C dan bicu audio 3.5mm untuk sambungan berwayar.

Selain itu, ia mempunyai ciri TriForce 40mm Drivers dan sokongan 71. Surround Sound untuk prestasi audio yang tinggi. Antara lainnya, fon kepala ini dilengkapi mikrofon boleh cabut, dan dimuat ketahanan bateri sehingga 20 jam.

Dijual pada tanda harga RM459, Razer Barracuda X boleh didapati di pasaran Malaysia bermula 15 Julai 2021.

Sumber: RazerGamerbraves

Baca juga – Pelitup Muka Razer Jadi Kenyataan, Dijual Dalam Kuantiti Terhad

Baca juga – Secretlab TITAN Evo 2022 Dilancarkan, Harga Bermula Sekitar ~RM1,702