Tahun lalu, Razer melancarkan fon kepala Opus yang mempunyai reka bentuk lebih biasa berbanding barisan fon kepala RGB atau gaming.

Terbaru, Razer melancarkan model terbaru, Opus X, dengan harga lebih murah tetapi dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif (ANC).

Baca juga – Razer Hammerhead True Wireless X Dilancarkan Pada Harga RM349

Selain itu, ia juga mempunyai mikrofon, Bluetooth 5.0, dan pemacu 40mm yang direka khas untuk pengalaman audio lebih kaya dan mengasyikkan.

Tambahan lagi, fon kepala tanpa wayar ini didatangkan dengan mod “Quick Attention” dan mod Gaming.

Dengan mod Gaming, pengguna dapat mengalami permainan lebih lancar dengan sambungan kependaman (latency) serendah 60MS.

Seterusnya, bateri Opus X dikatakan mampu bertahan selama 30 jam apabila ciri ANC dihidupkan dan sehingga 40 jam apabila ANC dimatikan.

Model Razer Opus X ini boleh didapati dengan tiga warna iaitu Green, Quartz, dan Mercury pada harga $100 (~RM412) di pasaran AS.

Baca juga – Redmi K40 Game Edition Tampil Dengan ‘Keyboard’ Razer

Sumber: Razer