Razer sememangnya terkenal dalam kalangan gamer di seluruh dunia. Bermula dari tetikus, papan kekunci, monitor, komputer riba, telefon pintar gaming, penawaran lampu Razer Chroma, kaca mata pintar, fon kepala dan banyak lagi.
Mudah kata, mereka mempunyai peminat tegar yang tersendiri. Terbaru, Razer melancarkan aksesori khusus untuk pemain permainan mudah alih atau mobile gamers, iaitu sarung jari Razer Gaming Finger Sleeve.
Seal your mobile gaming victory with the Razer Gaming Finger Sleeve. Woven with high-sensitivity silver fiber for enhanced aim & control, our breathable sleeves keep your fingers deadly cool in the heat of battle, so you'll always have a grip on the game. https://t.co/mxXSQ3EDtE pic.twitter.com/pypXRMvc9N
— R Λ Z Ξ R (@Razer) September 14, 2021
Sarung jari ini hanya setebal 0.8mm yang memberikan pengudaraan yang baik, mengelakkan jari berpeluh serta kawalan lebih lancar ketika sedang bermain permainan.
Jika ada jenama yang menjualnya dengan harga sehingga RM30, sepasang Razer Gaming Finger Sleeve adalah berharga USD9.99 (~RM42). Anda mungkin perlukan lebih sekiranya memainkan permainan PUBGM dengan enam jari.
Bagaimanapun, aksesori tersebut belum tersedia buat pasaran tempatan lagi.
Sumber: Razer
Baca juga: