Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rasmi, OnePlus 10 Pro Terima Pelancaran Global Pada 31 Mac Ini

Posted on Mac 25, 2022

Seperti yang sedia maklum, siri OnePlus 10 telah dilancarkan pada bulan Januari yang lalu. Kini, saat yang dinanti-nantikan oleh peminat OnePlus telah tiba, telefon pintar flagship OnePlus 10 Pro akan menerima pelancaran global pada 31 Mac 2022 nanti.

Pengumuman tentang pelancaran ini telah dibuat di akaun Twitter rasmi OnePlus semalam.

Get ready for the #OnePlus10Pro pic.twitter.com/0jmjb5GGAh

— OnePlus (@oneplus) March 24, 2022

Pelancaran OnePlus 10 Pro yang akan berlaku pada 31 Mac ini nanti akan diadakan melalui acara strim langsung pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Kita mungkin sudah ketahui berkenaan spesifikasi dan perincian 10 Pro oleh kerana China telah menerima terlebih dahulu pelancaran model yang sama pada awal tahun lalu.

oneplus 10 pro global
Sumber: OnePlus

Sedikit sebanyak tentang spesifikasinya, OnePlus 10 Pro dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, hadir dengan paparan QHD+ LTPO2 AMOLED 6.7 inci, pengecasan berwayar 80W, dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Di bahagian belakang telefon pula didatangkan dengan tiga kamera Hasselblad yang terdiri daripada kamera utama 48MP, ultra lebar 50MP, dan telefoto 8MP.

Sama-sama kita nantikan pelancaran global OnePlus 10 Pro ini nanti.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Mungkin Tahun Ini Lebih Banyak Pelancaran Telefon OnePlus
  • OnePlus Malaysia Beri Petunjuk Kehadiran Nord CE 2 5G Untuk Pasaran Tempatan
  • Terciduk, OnePlus 10 Pro Patah Dua Dalam Ujian Ketahanan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress