Francais permainan God of War bakal diadaptasi kepada aksi dunia sebenar di platform Amazon Prime Video dengan kerjasama Sony Pictures Television dan PlayStation Productions.
Berdasarkan sumber, Rafe Judkins (The Wheel of Time) akan dilantik sebagai showrunner, manakala Mark Fergus dan Hawk Ostby (Children of Men, Iron Man, The Expanse) bekerjasama dengan Judkins sebagai penulis dan eksekutif.
{suggest}
Francais Game God of War
Tetapi 2 kemasukan baharu francais tersebut – God of War dan GoW: Ragnarok telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh dunia.
GoW Ragnarok telah berjaya mendominasi The Game Awards 2022 dengan membawa pulang 6 anugerah.
“Kami berasa bangga dan teruja untuk bekerjasama dengan rakan-rakan di Amazon Studios dan rakan niaga kami di PlayStation Productions untuk mengadaptasi francais ‘game’ ini kepada siri aksi sebenar yang premium”.”