Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rasai Sendiri Pengalaman Fiber Terus Ke Bilik Berkelajuan 1Gbps Dari Time Di IPC

Posted on Oktober 20, 2023

TIME dotCom (“Time”) Malaysia memperkenalkan penambahbaikan untuk Gig Speed Home WiFi iaitu teknologi “Fiber To The Room” (FTTR) dengan F30 Huawei yang terbaru. Time mengumumkan teknologi ini di pusat beli-belah IPC yang berlangsung dari 19 sehingga 22 Oktober 2023.

Gig Speed Home WiFi berperanan untuk menaik taraf sambungan internet rumah di Malaysia. Inovatif ini menggunakan gentian mikro-optik lutsinar ditetapkan terus ke dalam rumah dengan kelajuan sehingga 1Gbps.

Teknologi ini menawarkan liputan gigabit penuh dengan isyarat WiFi yang konsisten, perayauan WiFi lancar dan sambungan gentian optik.

Jadi jom kunjungi jerayawara Time Gig Speed Home ini di mana anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM10,000 termasuklah 1 unit pemasangan Gig Speed Home percuma, Internet percuma selama setahun dan baucar IKEA apbila anda membelanjakan minimum RM500 untuk tiga resit di seluruh kedai IPC dan IKEA ketika jerayawara Gig Speed Home ini berlangsung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Time.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Time

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress