Jika anda seorang pengguna sistem operasi Windows dan terbiasa menggunakan aplikasi cetak rompak, anda perlu lebih berhati-hati.

Ini kerana penyelidik keselamatan telah menemui Ransomware terbaru yang tersebar melalui aplikasi cetak rompak.

Menurut penyelidik keselamatan bernama Vitali Kremez dari grup MalwareHunterTeam, ransomware yang dikenali sebagai Vovalex itu menyamar sebagai aplikasi Windows seperti CCleaner.

Jika mangsa terpedaya, sebaik aplikasi cetak rompak itu dipasang, Vovalex akan mula mengenkrip fail-fail yang terdapat di dalam storan komputer mangsanya.

Setakat ini, penyelidik masih belum mengetahui sama ada fail-fail yang dikunci Vovalex boleh dinyah kunci secara percuma ataupun tidak.

Apa yang membezakan ransomware Vovalex ini dengan ransomware yang lain adalah ia didapati dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan D.

Malah Vovalex dikatakan mungkin ransoware pertama yang dibangun menggunakan bahasa pengaturcaraan D.

Bahasa pengaturcaraan D atau Dlang adalah diinspirasikan dari bahasa pengaturcaraan C++ tetapi turut berkongsikan komponen dari bahasa pengaturcaraan yang lain.