Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan sebanyak 4 fokus utama akan diberikan terhadap pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi sepanjang tahun 2021 ini.

4 fokus utama pelan JENDELA 2021 menyasarkan perkara-perkara berikut:

  1. Melaksanakan penyambungan gentian optik kepada 1,245,452 premis tambahan;
  2. Menaik taraf 12,499 stesen pemancar sedia ada kepada teknologi 4G untuk peluasan liputan dan peningkatan kelajuan merangkumi perancangan di bawah Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagar (USP) dan Komersial;
  3. Membina 193 tapak menara komunikasi baharu (komersial); serta
  4. Menamatkan rangkaian 3G dan pemindahan spektrum bagi penggunaan teknologi 4G sekaligus meningkatkan kelajuan perkhidmatan.

Pelaksanaan JENDELA bagi tahun 2021 dijangka akan dilaksanakan dengan lebih agresif untuk terus menambah baik perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara.

Sumber: SKMM

Baca juga: Pelaksanaan JENDELA Capai Sasaran Untuk Tahun 2020, Lebih Agresif Pada 2021

Pemancar Berteknologi Terkini Digunakan Buat Pertama Kali Untuk Berikan Liputan 4G

KKMM: Pelaksanaan JENDELA Berada Di Landasan Tepat Untuk Capai Sasaran