Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rancang Lancar Penghentam Asteroid, China Juga Mahu Melindungi Bumi

Posted on Disember 10, 2022Disember 10, 2022

China kini merancang untuk melancarkan misi bagi melindungi Bumi daripada ancaman asteroid. Ia akan dibuat dengan melancarkan sebanyak 2 probe yang akan mengekori asteroid.

Satu probe itu akan bertindak sebagai pemerhati bagi mengkaji asteroid dan satu lagi probe akan bertindak sebagai penghentam asteroid.

Kedua-dua probe itu akan dilancarkan serentak dan asteroid yang dipilih untuk dilanggar adalah Asteroid 2020 PN1.

Sumber: Space Reference

Wu Weiren, ketua pereka program penerokaan bulan China berkata, rancangan baharu itu akan menyaksikan pelancaran misi pada 2025 di atas roket Long March 5 yang lebih besar dan lebih berkuasa.

“Penyisihan tiga atau lima sentimeter akan mengubah trajektori lebih 1,000 kilometer [620 batu] selepas kira-kira tiga bulan. Semakin lama masa, semakin besar perubahan trajektori.” Wu Weiren.

Pelancaran probe China ini adalah sama sepertimana misi DART yang dibuat NASA pada September lalu bagi mengubah laluan asteroid dari membahayakan Bumi.

{suggest}

Sumber: Space

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress