Permainan Free Fire oleh Garena merupakan antara permainan mudah alih yang paling kerap melakukan kempen dan kolaborasi dengan nama besar.

Selepas berjaya dilakukan selama dua tahun berturut-turut, kempen Rampage dalam permainan ini kembali lagi dengan nama Rampage: New Dawn.

Untuk pengetahuan, Rampage: New Dawn ditetapkan di kota oriental futuristik yang dibelenggu ketandusan dan didiami empat protagonis baharu.

Baca juga – Permainan Simulasi Garena Fantasy Town Tiba Di Malaysia

dari kiri ke kanan: Rajah, Drake, Aurora, dan Speedy

Bermula 18 Jun ini, pemain boleh bertempur sambil mengumpul ganjaran dan barangan koleksi bertema untuk disesuaikan dengan karakter dalam permainan.

Menariknya lagi, Free Fire menampilkan DJ bertaraf antarabangsa, Dimitri Vegas & Like Mike untuk lagu tema eksklusif kempen Rampage tahun ini.

Peminat lagu-lagu Dimitri Vegas & Like Mike boleh mendengar lagu tema eksklusif ini di saluran YouTube Free Fire bermula 11 Jun ini.

Baca juga – Battlefield 2042 Diumumkan, Boleh Perang Sehingga 128 Orang Pemain

Sumber: siaran akhbar Free Fire Malaysia