Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Microsoft mengumumkan sistem operasi baharu mereka, iaitu Windows 11. Bersempena kehadirannya, Windows Report telah menjalankan kaji selidik untuk mengetahui pendapat orang ramai mengenainya.

Kaji selidik yang dilakukan itu meliputi 6000 responden dimana 31% daripada Amerika Syarikat dan terdapat 152 negara yang menyertainya.

Mereka mendapati dimana kebanyakan pengguna Windows 7 teruja dengan Windows 11 yang mana 65% daripadanya ingin menaik taraf sistem operasi baharu itu.

Namun, masih terdapat sebahagian yang takut untuk berbuat demikian kerana ketika Windows 10 dahulu, ada isu dimana ia memadam fail pengguna.

Apa yang menariknya, 23% daripada keseluruhan responden itu tidak mengetahui sedikit pun tentang kehadiran Windows 11.

Jadi anda yang menggunakan komputer, adakah anda ingin menaik taraf Windows 11? Memang tidak dapat dinafikan bahawa Windows 7 antara yang terbaik dalam sistem operasi Windows.

Windows 11

Akan tetapi Windows 7 sudah mencapai jangka hayatnya. Malah, NVIDIA juga akan menamatkan sokongan ke atas Windows 7 dan Windows 8/8.1.

Selain itu, beberapa pengguna yang telah mencuba Windows 11 mengatakan sistem operasi tersebut sangat lancar digunakan dan memberikan prestasi yang baik dalam permainan video.

Sumber: Windows Report

Baca juga – John McAfee Ditemui Mati Dalam Sel Penjaranya

Baca juga – Aplikasi Google Anda ‘Crash’? Ikuti Langkah Ini

Baca juga – Microsoft Akan Menyokong Windows 10 Hanya Untuk Tempoh 4 Tahun Sahaja Lagi