Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ramai Mengeluh Permohonan Tidak Lulus, Ini Cara Semak BKM

Posted on Mac 28, 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah mula diagihkan bermula hari ini dan beberapa individu yang menggunakan Bank Simpanan Nasional telah mula mendapat wang sejak semalam.

Semakannya juga boleh dilakukan mulai hari ini dengan anda boleh melayari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk menyemak status permohonan.

Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia di Play Store dan App Store.

Namun, ia dilihat pengguna membawa ke laman web BKM, bukannya beroperasi berasingan jadi lebih layari saja laman web BKM melalui pelayar (browser).

Melalui pengamatan kami, banyak pengguna mengalami masalah untuk mengaksesnya namun perkara ini sudah menjadi kebiasaan laman web kerajaan yang menggunakan perkhidmatan pelayan yang tidak bersedia menghadapi permintaan tinggi dalam satu-satu masa.

Jika anda dapat mengaksesnya sekalipun, kelajuan muatannya (loading) amat rendah sehinggakan jarak masa mengisi nama/nombor MyKad dan kata laluan juga mengambil sekitar seminit.

Namun, selain itu, ramai juga berkongsi rasa kecewa kerana tidak permohonan mereka tidak diluluskan contohnya golongan bujang.

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress