Dalam Laporan Prestasi Industri (IPR) bagi tahun 2020 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia (SKMM) mendapati rakyat Malaysia masih bergantung kepada pembayaran secara tunai dalam urusan jual beli mereka.

Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh Netizen eXperience (NX), sebanyak 29.3% rakyat Malaysia menjalankan urusan jual beli secara tunai pada sepanjang tahun 2020 lalu.

Walaubagaimanapun, pembayaran secara e-dompet menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di mana ia meningkat sebanyak 131% iaitu kepada nilai transaksi sebanyak RM0.6 billion sepanjang 2020 lalu.

NX juga mendapati, sebanyak 28.6% rakyat Malaysia telah menggunakan servis e-dompet dan 27.4% pula membuat pembayaran melalui kad debit.

Selain itu, dalam laporan IPR 2020 juga menyenaraikan perkhidmatan pembayaran elektronik popular di Malaysia sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan kepada tinjauan yang dijalankan oleh Rakuten Insight, 3 servis pembayaran elektronik paling popular yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia sepanjang tahun lalu adalah Touch ‘n Go (82.4%), Boost (66.7%) dan GrabPay (49.5%).

Sumber: Laporan Prestasi Industri (IPR) 2020