Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rakyat Malaysia ‘Terpaksa’ Bayar Lebih Untuk Pelan Internet, Thailand Lebih Berpatutan

Posted on Mac 22, 2023Mac 23, 2023

Berdasarkan kajian Surfshark’s 2022 Internet Value Index, rakyat Malaysia adalah antara mereka yang membayar berlebihan untuk melanggan pelan internet bulanan.

Mengikut indeks kajian ini, penduduk di negara yang mencatatkan skor Internet Value Index di atas purata global 0.0729 dianggap mempunyai harga internet yang berpatutan.

Sementara itu, Malaysia pula menduduki tangga ke 48 dunia dalam nilai internet dunia dengan skor 0.0479. Skor tersebut berada di bawah skor purata global dan itu menunjukkan rakyat Malaysia berhadapan dengan kos pelan internet yang membebankan.

Kredit: The Edge Market

Berdasarkan infografik di atas, Malaysia berada ditempat keempat di belakang Vietnam (0.0676). Sementara itu, hanya Singapura (0.6186) dan Thailand (0.1073) sahaja negara di Asia Tenggara yang mempunyai pelan internet yang berpatutan.

Perkara ini agak mengejutkan kerana negara jiran kita, Singapura adalah kedua terbaik dunia di belakang Israel (0.6630) dalam nilai internet berpatutan buat rakyat mereka.

{suggest}

Sumber: The Edge Market

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress