Qualcomm pada tahun 2018 telah memperkenalkan cip pemproses kelas pertengahan Snapdragon 675. Terbaru, Qualcomm kini hadir dengan kemas kini cip Snapdragon 678.

Cip berasaskan teknologi proses 11nm ini mempunyai CPU Kryo 460 yang sama seperti pendahulunya. Namun, kelajuannya dipertingkatkan sehingga boleh mencapai 2.2GHz berbanding 2.0GHz sebelum ini. GPU Adreno 612 yang sama turut ditawarkan pada cip ini, tetapi dengan prestasi yang dipertingkatkan.

Dari segi fotografi, cip ini turut dimuatkan dengan sokongan sensor kamera tunggal sehingga 192MP, dwi-kamera sehingga 16MP, 5x optikal zum, mod potret dan sebagainya. Ia juga mempunyai sokongan rakaman video HD 4K pada 30fps.

Antara lainnya adalah mempunyai sokongan rangkaian 4G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0, NFC, USB-C berasaskan USB 3.1 dan sebagainya.

Sumber: Qualcomm