Qualcomm boleh dikatakan sebagai pendahulu bagi pasaran kelas pertengahan untuk industri telefon pintar dunia hari ini.
Ia dibantu dengan prestasi yang ada pada cip siri-7xx dan 6xx mereka seperti Snapdragon 660 dan Snapdragon 710.
Tidak cukup dengan itu, mereka telah hadir dengan tiga(3) cip baharu dalam kelas pertengahan baru-baru ini iaitu Snapdragon 665 serta Snapdragon 730 dan 730G.
Selain memberikan lebih prestasi dan kebolehan AI pada peranti, ketiga-tiga cip ini turut didatangkan dengan sokongan 5x zoom optikal.
Bagi Snapdragon 730 dan 730G pula, mereka menyediakan beberapa teknologi baru untuk siri-7xx pada kali ini.
Antaranya ialah sokongan Wi-Fi 6, Spectra 350 ISP, generasi ke-4 AI Engine dan hadir dengan rekaan 8nm.
Malah, bagi Snapdragon 730G pula, ia adalah merupakan cip yang dioptimakan untuk permainan mudah alih, di mana ia mempunyai GPU yang 15% lebih pantas.
Menurut Qualcomm, peranti pertama dengan cip pemprosesan ini mungkin akan dapat kita lihat seawal pertengahan tahun ini.
Sumber: The Verge