Dengan pengenalan Qualcomm Snapdragon 888 kepada industri cip, ia bakal menjana beratus-ratus telefon pintar mercu untuk tahun 2021 nanti.

Sebelum ini juga terdapat ura-ura bahawa Qualcomm sedang membangunkan telefon pintar gaming mereka tersendiri dengan kerjama dari jenama ASUS.

Terbaru, Qualcomm telah menafikan laporan tersebut. Menurut mereka, mereka sememangnya ada membangunkan prototaip untuk pengeluar lain melakukan ujian dan demo, namun ia tidak pernah dan tidak akan dijual kepada pasaran umum.

Setiap tahun, cip terbaharu yang dilancarkan, pasti turut ada telefon prototaip dengan cip tersebut yang memperlihatkan teknologi terbaharu cip itu.

Tambahan, Qualcomm menyatakan mereka tidak bercadang mahu mengubah modal bisnes dengan menjual telefon pintar. Namun jika bertujuan sebagai demonstrasi teknologi, mereka akan membangunkan sebuah prototaip deminya.

Sumber: Gizchina