Seperti yang diketahui, Qualcomm akan melangsungkan acara tahunan Snapdragon Tech Summit Digital 2020 bermula malam ini. Melalui acara tersebut, Qualcomm bakal mengumumkan cip terkini Snapdragon yang akan dimuatkan pada peranti andalan.

Pengganti cip Snapdragon 865 ini dijangka mempunyai binaan berasaskan proses 5nm. Sebelum ini, spekulasi yang bertiup kencang menyatakan cip tersebut adalah Snapdragon 875.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam menjelang acara berkenaan, lain pula perkhabaran yang timbul. Kemungkinan cip tersebut akan diperkenalkan sebagai Snapdragon 888.

Akan tetapi, tidak kira apa jua nama yang bakal disandang oleh cip pemproses ini, sudah pasti ia akan membawakan pelbagai penambahbaikan untuk peranti andalan pada tahun hadapan.

Snapdragon 888

Dalam pada itu, lebih banyak wakil dari Sony, OnePlus, Xiaomi, realme dan lain-lain akan turut serta pada acara malam ini. Kesemua pengeluar telefon pintar ini dijangka akan memperkenalkan peranti andalan terkini yang dijana cip pemproses Snapdragon yang bakal diumumkan.

Acara Snapdragon Tech Summit Digital 2020 akan berlangsung pada 11 malam, 1-2 Disember 2020. Penstriman bagi acara tersebut boleh dilakukan melalui pautan ini.