Semalam baru sahaja selesai acara Tech Summit dimana Qualcomm melancarkan cip andalan baharu mereka iaitu Snapdragon 888.

Snapdragon sebelum ini menamakan cip mereka dengan 845, 855, 865 dan sebelum cip baharu dilancarkan juga terdapat ura-ura mereka akan hadir dengan 875.

Namun, sebaliknya berlaku kerana mereka menggunakan kaedah penamaan baharu iaitu Snapdragon 888.

Mungkin segilintir pihak berasakan itu sesuatu perkara yang lucu tetapi menurut laporan dari Zhongguancun Online, Qualcomm berbuat demikian kerana 888 adalah nombor yang sangat bertuah di China. Malah, nombor 8 itu sendiri pasti ramai mengetahui ia adalah nombor tuah.

Sebagai cip baharu siri Snapdragon 8, ia dimuatkan dengan modem generasi ketiga Qualcomm Snapdragon X60 5G. Ia juga berasaskan seni bina 5nm yang mampu memberikan kecekapan tenaga.

Tambahan lagi, Qualcomm turut memperluaskan keserasian sokongan 5G menerusi spektrum mmWave dan sub-6GHz.

Dari segi prestasi kamera, Spectra ISP Snapdragon 888 menyokong kelajuan pemprosesan tahap billion piksel lebih pantas.

Pengguna mampu mengambil gambar serta video dengan kelajuan 2.7 bilion piksel per saat dimana 120 bingkai per saat dan pemprosesan sehingga 35% lebih pantas berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka adalah jenama pertama akan menggunakan cip pemproses ini pada peranti Xiaomi Mi 11.

Sumber: bbc via