Cip khusus untuk audio merupakan salah satu penawaran Qualcomm selain dari pemproses telefon pintar. Pada awal tahun ini mereka telah memperkenalkan cip audio QCC514x dan juga QCC304x.

Kini, mereka mengumumkan model terbaharu QCC305x sebagai cip audio lebih berkuasa berbanding QCC304x sebelum ini untuk TWS kelas pertengahan.

Penawaran terbaharu melalui QCC305x adalah TWS dengan cip ini boleh mempunyai ciri pembatalan aktif hingar dan juga sokongan pengaktifan Alexa atau Google Assistant melalui perkataan.

Ia juga menyokong aptX Adaptive sehingga 96kHz dan juga aptX Voice untuk pembatalan gema dan hingar supaya panggilan lebih jelas.

Qualcomm juga menjanjikan ketahanan bateri sepanjang hari melalui cip ini, namun bergantung kepada pengeluar bagaimana mereka mahu mengoptimasikan TWS mereka.

Antara ciri menarik lain adalah sokongan Bluetooth LE Audio yang membenarkan pelbagai tambatan peranti audio untuk perkongsian.

Sumber: Qualcomm