Bertarikh 1 Disember 2020, Qualcom secara rasminya telah memperkenalkan Snapdragon 888 kepada umum. Namun begitu, telefon pintar yang akan menggunakan cip ini hanya akan diperkenalkan seawal tahun 2021.

Jadi, Qualcomm baru-baru ini telah berkongsikan skor ukur dari pihak mereka sendiri untuk cip Snapdragon 888 terbaharu itu melalui ujian ukur aras prestasi.

Ia diuji dari peranti khas rujukan Qualcomm berspesifikasikan Snapdragon 888 bersama-sama RAM 12GB LPDDR5, UFS 3.0, dan juga skrin 6.65 inci FHD+ 120Hz.

Antara perisian yang diuji adalah AnTuTu, Geekbench, GFX Bench, Ludashi AIMark, AITuTu, MLPerf, dan juga Procyon.

Melalui perisian AnTuTu, Snapdragon 888 memperlihatkan skor purata 735,439 yang merupakan satu rekod baharu untuk telefon Android. Jika dibandingkan sebelum ini, paling tinggi pun adalah Huawei Mate 40 Pro dengan skor sekitar 700,000.

Geekbench pula memperlihatkan skor 1,135 untuk teras tunggal dan juga 3,794 untuk multi-teras. Skor ini adalah 20% (teras tunggal) dan 10% (multi-teras) jika dibandingkan dengan Snapdragon 865 sebelum ini.

Disebabkan Qualcomm menguji Snapdragon 888 menggunakan peranti rujukan mereka sendiri, skor ini mungkin sedkit berbeza apabila pengeluar sudah mula melancarkan telefon pintar dengan cip ini pada awal 2021 kelak.

Dengan berita baik seperti kemaskini versi Android yang lebih diberi perhatian oleh Qualcomm dan Google, cip Snapdragon 888 ini sudah tentu akan memberikan pengalaman penggunanan telefon pintar yang lebih baik secara keseluruhan.