Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Qualcomm Jadi Penaja Manchester United

Posted on Ogos 5, 2022

Syarikat komponen yang bertapak di San Diego, Qualcomm kini mengumumkan kerjasama strategik dengan Manchester United, iaitu antara kelab bola sepak terkenal di dunia. Melalui kerjasama ini, Qualcomm akan menjadi penaja Manchester United, dengan menampilkan jenama Snapdragon.

{suggest}

Seperti yang kita ketahui, teknologi yang ada pada Snapdragon telah menguasai pelbagai jenis peralatan elektronik termasuk telefon pintar, PC, peranti permainan video, jam tangan pintar dan sebagainya.

Dengan kerjasama ini, ia dijangka akan memberikan pengalaman unik untuk peminat Manchester United di Old Trafford. Antaranya termasuk penambahbaikan dari segi sambungan mudah alih di stadium itu, yang akan memberikan pengalaman lebih baik kepada penonton.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress