Belum lagi mencapai setahun Snapdragon 888 di pasaran, Qualcomm dikatakan sedang bersedia untuk memperkenalkan cip baharu bagi siri itu.

Menurut DigitalChatStation, cip baharu yang mungkin dinamakan sebagai Snapdragon 888 Pro dilapor sedang dibangunkan.

Malah, telefon pintar yang akan dikuasakan cip tersebut bakal dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini.

Jika nak dibandingkan, perbezaan antara versi biasa hanya terletak pada teras Cortex X1 yang mana kelajuannya dipertingkatkan.

Sementara teras lain, kelajuannya masih sama. Manakala bagi GPU pula turut sama kerana ia sudah cukup laju buat masa sekarang.

Oleh itu, sudah pasti cip ini adalah berkelas andalan daripada Qualcomm. Namun, adakah ia akan lebih panas daripada Snapdragon 888?

Sumber: DigitalChatStation