Blogger terkenal, Digital Chat Station mendakwa Qualcomm mungkin akan melancarkan 2 variasi yang berbeza bagi siri Snapdragon 8 Gen 2.
2 variasi tersebut adalah cip standard dan versi berfrekuensi ultra yang mampu mencapai kelajuan 3.4 ke 3.5GHz.
Untuk perbandingan, cip Snapdragon 8 Gen 1 yang terdahulu hanya mempunyai kelajuan setakat 3.19GHz sahaja.
{suggest}
Versi ‘plus’ dalam siri 8 Gen 1 terdahulu hanya menawarkan peningkatan pemprosesan grafik yang tidak jauh bezanya dengan versi standard.
Oleh itu, Snapdragon 8 Gen 2 versi berfrekuensi ultra ini mungkin mempunyai keperluan kuasa yang lebih tinggi dek kerana prestasinya.
Sekiranya dakwaan ini benar, saya berpendapat ia adalah tindak balas Qualcomm terhadap Dimensity 9000+ yang buat julung kalinya berjaya mengalahkan cip daripada mereka.
Sumber: Android Authority