Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memaklumkan Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara akan digerakkan sebagai pusat bantuan bagi membantu orang awam termasuk warga emas untuk membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Berikutan itu, komuniti yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK untuk melakukan pendaftaran.

Sebagai tambahan, kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di PIK juga akan membantu untuk melancarkan proses pendaftaran. Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin COVID-19 melalui MySejahtera.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai kepentingan proses vaksinasi dalam memerangi pandemik COVID-19.

Sumber: MCMC