Pada Oktober 2020 lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mencadangkan untuk kerajaan negeri mewujudkan satu dasar kemudahan akses internet sebagai utiliti asas.
Terkini, Pulau Pinang muncul negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi gentian optik sebagai utiliti asas.
Ini menjadikannya sepenting utiliti lain seperti bekalan air dan elektrik secara tidak langsung mewajibkan pemaju dan pembangun untuk menyediakan infrastruktur di negeri itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) membuat keputusan berkenaan pada 17 Disember lalu.
Ini adalah disebabkan penggunaan wayar kuprum yang tidak lagi relevan dan juga penggunaan jalur lebar menggunakan gentian optik lebih laju.
Penguatkuasaan berkenaan secara tidak langsung menjadi sebagai batu loncatan dalam mencapai matlamat ketersediaan negeri kelajuan gigabit yang pertama di Malaysia.
Laporan penuh di Bernama