Pada 18 Jun lalu PUBG Mobile ada mengumumkan kolaborasi rasmi bersama LINE FRIENDS, jenama karakter haiwan terkenal global.

Sepanjang tempoh kolaborasi ini berlangsung, pelbagai acara, ganjaran, dan cabaran dalam permainan telah diadakan. Antaranya adalah, “#FRIENDSQUAD Challenge” dan “Afternoon Tea Decoration”.

Kini, sudah tiba masanya untuk pemain menebus barangan bertema LINE FRIENDS dan kupon diskaun selepas menyelesaikan misi dalam permainan.

Dapatkan barangan eksklusif bertema LINE FRIENDS untuk dilengkapkan pada karakter PUBG Mobile anda sebelum kolaborasi ini tamat pada 14 Julai 2021.

Peminat LINE FRIENDS yang ingin mencuba permainan PUBG Mobile boleh muat turun di App Store dan Google Play Store.

Sumber: siaran akhbar PUBG Mobile