Baru-baru ini PUBG Mobile melancarkan mod permainan terbaru, Traverse-Insectold yang membawa pemain selami dunia mikrokosmo.

Baca juga – Ada Kereta Baru Dalam PUBG Mobile

Didalam mod terbaru ini, pemain akan bertempur dalam perlawanan mikroskopik dengan menggunakan teknologi senjata pengecil (shrinking). Objektif utama mod ini masih sama iaitu untuk menjadi pemain terakhir.

Pemain juga akan meneroka makmal- makmal yang ada Quantum Transformation Device yang mamp u mengubah pemain ke saiz serangga mini. Ketika berada dalam saiz mini, pemain tidak akan dicederakan oleh senjata biasa.

Namun, bukan semua pemain akan berada pada saiz mini selamanya. Kehadiran pemain bersaiz normal akan menyukarkan lagi mod permainan ini kerana mereka boleh mengalahkan pemain mini dengan menggunakan kuali.

Selain itu, PUBG Mobile turut melancarkan Royale Pass Season 19 dengan tema serangga yang sama.

Kemas kini atau muat turun PUBG Mobile di App Store dan Google Play Store sekarang untuk bertempur dalam mod ini sehingga 5 Julai.

Baca juga – Xiaomi Jadi Penaja PUBG Mobile National Championship

Sumber: siaran akhbar PUBG Mobile