Permainan popular battle royale, Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) mempunyai banyak versi. Jika di telefon pintar hadir dengan versi lite, di komputer atau PC juga sama.

Seperti namanya, lite dibangunkan khusus untuk telefon pintar atau komputer yang tidak mempunyai spesifikasi tinggi.

Kini, PUBG Lite PC secara rasmi akan ditutup selama-lamanya pada 29 April ini.

Walaupun permainan ini ditawarkan secara percuma berbanding versi di Steam yang memerlukan pembelian, ia tidak mampu menarik perhatian pemain.

Manakan tidak, PUBG Mobile di telefon pintar lebih mudah untuk dimainkan. Malah, jumlah pemain PUBG Mobile jauh lebih tinggi.

Meskipun begitu, PUBG Lite untuk telefon pintar masih lagi diteruskan. Hal ini kerana, permainan tersebut disasarkan untuk telefon yang tidak mempunyai spesifikasi baik atau berkelas permulaan.

Sumber: PUBG Lite via The Verge