Berdasarkan laporan terbaru, PUBG Corp kini dikhabarkan sedang membangunkan sekuel judul permainan battle-royale popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds.
Menurut PlayerIGN di Twitter, projek pembangunan PUBG 2.0 dan PUBG Mobile 2.0 telah dijalankan di bawah Project XTRM.
#PUBG just confirmed that they're working on PUBG 2.0 and PUBG Mobile 2.0
Global announcement soon?
The secret #ProjectXTRM thing from last yr was a PUBGM2 all along. I knew XTRM was a mobile game.
So I didn't make a update video on it. Got so tilted when I learned about it. pic.twitter.com/50hnX60epv— PlayerIGN (@PlayerIGN) January 6, 2021
Mengikut maklumat tertiris yang diterjemahkan itu, ia memberikan gambaran sekuel permainan PUBG akan diumumkan atau dilancarkan sekitar suku kedua 2021.
Di sisi yang lain, laporan turut menyatakan sekuel permainan ini dijangka tidak akan hadir dengan sokongan cross-platform play antara PC, konsol dan platform mudah alih. PlayerIGN pada asalnya mengatakan PUBG 2.0 akan menyokong cross-platform play sebelum menarik balik kenyataan itu dalam ciapan yang berasingan.
Dengan itu, tidak dapat dipastikan jika PUBG 2.0 akan hadir dengan atau tanpa sokongan cross-platform play.
Sumber: PlayerIGN via Charlie Intel