Selain Dimensity 9200, MediaTek juga telah mengesahkan peranti PlayStation VR2 akan dikuasakan cip pemprosesan daripada mereka.
PS VR2 adalah antara peranti yang ditunggu-tunggu kedatangannya. Sony telah mengesahkan peranti VR itu akan hadir pada 3 Februari 2023 depan dengan tanda harga rasmi USD549.99 (~RM2,530.00)
Woahhh! @MediaTek is officially announcing that they're providing the chipset for the new @PlayStation #PSVR2 pic.twitter.com/jPJMoaLQ65
— Nirave 尼拉夫 (@nirave) November 10, 2022
MediaTek mengesahkan cip VR pertama mereka telah dipilih sebagai CPU yang akan mengendalikan peranti PlayStation VR itu.
{suggest}
Walaupun harga PS VR2 lebuh murah berbanding pesaingnya yang lain, tetapi ia hanya boleh digunakan melalui PS5 sahaja.
Oleh itu, kos purata untuk memiliki dan memanfaatkan teknologi VR melalui PlayStation telah meningkat dan menyukar kebanyakan pengguna untuk membelinya.
Sumber: My Smart Price