Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PS5 Akhirnya Ada ‘Controller’ Pro, DualSense Edge Yang Berharga RM999

Posted on Oktober 19, 2022

Sony kini melancarkan alat kawalan baharu untuk konsol PS5 yang digelar DualSense Edge. Boleh dikatakan ia sebuah alat kawalan paling pro daripada Sony buat masa sekarang.

Mengapa? Ini kerana jika konsol Xbox ada alat kawalan Elite, Sony pula DualSense Edge. Namun, DualSense Edge ini lebih ke hadapan. Sesuai dengan harganya.

Ia menawarkan butang kawalan yang boleh disesuaikan, kayu analog modular serta getah yang boleh ubah, butang bawah seperti paddle yang terdapat dalam Elite controller atau scuf controller, butang trigger boleh laras dan audio yang turut boleh laras.

DualSense Edge juga didatangkan beg yang mana di dalamnya terletak pelbagai aksesori tambahan termasuk kabel USB-C disulam.

Dengan ‘hidangan’ yang telah diberikan, ia diletakkan pada tanda harga RM999 buat pasaran Malaysia dan bakal tersedia pada 26 Januari tahun 2023.

{suggest}

Sumber: Sony

Foto utama: Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress