Baru-baru ini, Sony telah membuat kenyataan yang mereka akan berhenti bekerjasama dengan X berkenaan dengan penyiaran kadungan media di X melalui PlayStation 4 dan PlayStation 5.
Gambar di atas adalah pemberitahuan yang dikeluarkan syarikat Sony melalui PS4 dan PS5 kepada pengguna sebagai notis pemansuhan perkongsian video dan keupayaan melihat kandungan video di media sosial X yang akan berkuatkuasa pada 13 November 2023.
Hal ini kerana X bertindak mengunci API (Aplikasi Pengaturcaraan Antara Muka) di sebalik penyekatan bayaran (paywall) pada awal tahun ini. Hal ini menyebabkan syarikat Sony perlu membayar perkhidmatan platform X jika mereka mahu meneruskan intergrasi bersama X melalui peranti PlayStation.
Isu yang sama juga pernah berlaku kepada pengguna Xbox apabila Microsoft memansuhkan keupayaan pengguna Xbox untuk berkongsi video secara langsung di platform X pada bulan April tahun ini.
We have had to disable the ability to share game uploads to Twitter directly from the console and Game Bar on Windows. You can still share your favorite moments to Twitter via the Xbox app for Android and iOS.
— Xbox (@Xbox) April 20, 2023
Sehubungan dengan itu, X kini telah memperkenalkan ciri strim langsung baharu yang membolehkan pelbagai jenis kandungan media dikongsi secara langsung di platform mereka. Malangnya, ciri ini tidak boleh digunakan oleh pengguna X di konsol PS4, PS5 dan Xbox kecuali menggunakan aksesori dari pihak ketiga seperti capture card dan sebagainya.
{suggest}
Sumber: Sony