Seperti yang kita tahu, Pilihan Raya Ke-15 bakal dijalankan pada 19 November 2022 dan syarat paling umum ialah pengundi perlu membawa kad pengenalan mereka. Namun, bagaimana pula dengan pengundi yang tidak mempunyai kad pengenalan?
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, ini merupakan dokumen yang boleh digunakan untuk menggantikan kad pengenalan:
Sekiranya ramai yang masih tidak tahu, rakyat yang berumur 18 dan ke atas sudah pun didaftarkan secara automatik untuk mengundi. Pengundi boleh menyemak tempat untuk mengundi serta calon-calon di kawasan tersebut melalui MySPRSemak.
{suggest}
Diingatkan juga bahawa pengundi tidak dibenarkan untuk membawa telefon pintar mereka semasa mengundi. Menangkap gambar kertas undian juga merupakan satu kesalahan.
Pengundi perlu menyerahkan telefon pintar mereka di tempat yang disediakan dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.
SPR juga telah mengingatkan bahawa kerahsiaan dalam mengundi sepanjang Pilihan Raya adalah tanggungjawab untuk semua parti. Perkara ini telah pun tertakluk dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sumber: Facebook