Hari demi hari ada saja perkara yang menarik berkenaan dengan Samsung. Jika semalam kita dihidangkan dengan khabar angin yang didakwa Galaxy S10+ dengan kamera hadapan pada bucu atas kanan.
Kini, sebuah model prototaip Galaxy S10 versi 5G telah dipertontonkan pada sidang kemuncak teknologi Qualcomm bertempat di Hawaii.
Is this @samsung #5G demo phone a prototype #GalaxyS10? Check out the asymmetric notch. #SnapdragonSummit #FujifilmX30 pic.twitter.com/4vkeZTAT9g
— Myriam Joire (@tnkgrl) December 4, 2018
Model prototaip berkenaan menguji rangkaian 5G dari Verizon dengan memaparkan penstriman video 4K. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah kedudukan kamera yang sama seperti khabar angin, namun dengan rekaan takuk sedikit pelik.
Walaubagaimanapun, agak awal lagi untuk membuat kesimpulan itu adalah rupa bentuk sebenar Galaxy S10 versi 5G.
Adakah rekaan ini sekadar prototaip yang akan diubah untuk produk akhir atau ada lagi kejutan dari Samsung, sama-sama kita tunggu.