Prototaip SpaceX Starship meletup semasa membuat percubaan mendarat semalam, beberapa minit selepas ujian pelancaran yang dilakukan di Boca Chica, Texas.

Prototaip yang setinggi 16 tingkat itu hancur semasa menyentuh landasan dan roket ini sebenarnya dibangunkan oleh syarikat angkasa peribadi Elon Musk untuk membawa manusia dan 100 tan kargo dalam misi ke bulan dan marikh.

Ujian penerbangan ini dikuasakan tiga enjin Raptor SpaceX yang baru dikembangkan buat pertama kalinya dan ia disasarkan untuk mencapai ketinggian 41,000 kaki.

Dalam ciapan terbaru oleh Elon Musk menerusi akaun Twitternya, beliau menyatakan bahawa tekanan tangki bahan bakar rendah semasa turun yang menyebabkan halaju sentuhan menjadi tinggi.

Tambahnya lagi, SpaceX telah mengambil semua data yang diperlukan hasil daripada ujian penerbangan tersebut.

Sumber: reuters