Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kanta sentuh AR

Prototaip Kanta Sentuh Ini Dilengkapi Teknologi AR Dan Paparan MikroLED

Posted on Julai 8, 2022Julai 8, 2022

Selepas adanya fon kepala dan cermin mata realiti digital, syarikat Mojo Vision dari Amerika pula menyediakan kanta sentuh realiti terimbuh (AR).

Kanta ini membenarkan pemakai menikmati bahan kandungan, foto dan kandungan teks, ditindih (superimpose) pada suasana dunia sebenar.

Setelah beberapa tahun, prototaip pertama kanta sentuh AR ini, yang dinamakan Mojo Lens, akhirnya beroperasi dan didedahkan.

Lebih daripada enam tahun kerja dan penambahbaikan telah digunakan untuk membina prototaip ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mojo Vision, Drew Perkins, cabaran utama termasuk pengecilan semua elektronik terbenam (embedded), dan mencipta bahagian baharu sebagai tambahan kepada antara muka orang yang disesuaikan.

Di bahagian tengah kanta adalah paparan MikroLED berukuran lebih kecil daripada diameter 0.5mm.

Kanta tersebut juga membenam pemperoses, bertujuan untuk pemprosesan gambar, serta accelerometer, gyroscope, dan magnetometer.

Selain itu, Mojo Lens dilengkapi bateri mikro, dan keseluruhan antara muka diuruskan oleh tindakan mata sahaja, dan tanpa menggunakan gerak isyarat tangan.

Matlamat Mojo Vision sekarang mungkin untuk memperhalusi Mojo Lens melalui beberapa fasa ujian dan penyelidikan perubatan.

Sumber: Mojo Vision

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress