Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Proton Mahu Lancarkan Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Tahun

Posted on November 10, 2022

Dalam sesi terbaru Invest Malaysia, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings iaitu Roslan Abdullah mendedahkan bahawa Proton mahu melancarkan kereta elektriknya dalam masa 5 tahun.

Tambah beliau, rancangan berkaitan kereta elektrik Proton sudah bermula 10 tahun dulu lagi namun tidak merealisasikannya disebabkan beberapa punca termasuk dari segi teknologi dan permintaan pasaran.

{suggest}

Kata Roslan lagi, 2 model sedia ada sememangnya boleh diubah suai untuk dijadikan kereta elektrik namun syarikat tidak boleh terus melakukannya tanpa memahami pasaran, teknologi dan pelaburan yang diperlukan.

Proton beberapa bulan lalu sudah mengumumkan mereka memasar dan mengedarkan kereta elektrik smart #1 di luar negara. Untuk pasaran Malaysia, ia akan dibawa masuk penghujung 2023.

Buat masa ini, Proton sedang berbincang syarikat-syarikat lain untuk pemasangan kereta elektrik di Malaysia. Dalam pada itu, syarikat itu juga sedang berkira-kira membawa masuk kereta Geely ke pasaran tempatan.

Sumber: Bursa, Lowyat.net

Gambar utama: Paultan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress