Untuk memastikan pelanggan terus terhubung dalam tempoh ‘lockdown’ yang berlanjutan, Digi menawarkan promosi istimewa sehingga 31 Julai 2021.

Promosi istimewa ini menggabungkan Digi Fibre 150 dengan pelan pascabayar terpilih untuk pengalaman internet pantas yang konsisten.

Dengan promosi ini, pengguna akan menikmati data tanpa had dengan internet berkelajuan 300Mbps pada harga serendah RM100 sebulan.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati rebat antara RM15 hingga RM30 sebulan disamping penjimatan RM50 sebulan melalui promosi ini.

 

Jika berminat untuk mendaftar Digi Fibre 150, layari kedai atas talian Digi melalui pautan ini https://www.digi.com.my/shop/broadband/fibre.

Sumber: siaran akhbar Digi

Baca juga – Penggabungan Celcom Dengan Digi Dijangka Akan Menjana Pendapatan Sebanyak RM12.4 Bilion

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix