Riot telah mengesahkan mereka sedang membangunkan sebuah game pertarungan dalam format 2D yang berasaskan watak League of Legends dengan nama kodĀ Projek L.
About to head off to Vegas for Evo, but before I do… pic.twitter.com/bQ9QoSwvpK
— Tom Cannon (@ProtomCannon) August 1, 2022
Berita ini disahkan melalui ciapan video di Twitter oleh penerbit eksekutifnya, Tom Cannon. Dan anda jangan risau kerana beliau juga ada menyatakan ciri mikrotransaksi dalam game itu nanti tidak akan keterlaluan melalui ayat seperti di bawah:
“respectful to both your time and your wallet”.
Setakat perkembangan terkini, Riot sedang berusaha membangunkan mekanik pertarungan untuk setiap karakter yang akan hadir dalam Projek L ini.
Selain itu, beliau juga menegaskan Riot begitu komited dalam memastikan pengalaman anda bermain game ini nanti tanpa sebarang halangan.
Yang menariknya lagi, Tom Cannon juga telah mengesahkan Projek L ini adalah percuma-untuk-dimainkan semasa ia dilancarkan nanti.
Tambahan lagi, pasukan pembangunan Projek L ini terdiri daripada veteran dan juga permain profesional dan mereka semua berpegang pada dengan prinsip “if we wouldn’t like it, we won’t do it”.
Oleh itu kita dapat bayangkan permainan video pertarungan daripada Projek L ini nanti akan dapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti gamers diseluruh dunia.
Tom Cannon juga ada menyatakan Riot akan mengeluarkan pengumuman atau maklumat rasmi sebelum penghujung tahun 2022.
Sumber: Tom Cannon
Gambar utama: Riot Games