Sebelum ini kami ada kongsikan yang Xiaomi Malaysia mahu bantu pengguna jana pendapatan melalui program rujukan “Earn with Mi”.

Berita baik kepada semua yang masih belum mendaftar kerana Xiaomi telah melanjutkan pendaftaran program ini sehingga 31 Julai 2021.

Kepada yang masih belum tahu, program ini menyediakan peluang jana pendapatan dengan mempromosikan produk Xiaomi. Komisen sehingga RM30 boleh didapati bagi setiap produk tertentu yang terjual.

Selain itu, program ini terbuka kepada semua yang mempunyai telefon serta akses kepada internet dan ingin membuat duit ‘tepi’.

Jika berminat, anda boleh mendaftar di sini dan tunggu pengesahan e-mel serta pautan unik untuk dipromosikan.

Sumber: siaran akhbar Xiaomi Malaysia

Baca juga – Xiaomi Mi Mix 4 Dijangka Dilancar Ogos Ini, Mungkin Ada Kamera Bawah Paparan

Baca juga – Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11