Selepas melancarkan Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 dengan Android 14 beta, Samsung memperluaskan program beta mereka ke beberapa buah peranti Galaxy yang lain iaitu Galaxy A52 dan Galaxy M23 5G. Kedua-dua jenis peranti Galaxy ini adalah antara yang bertuah untuk mendapatkan One UI 6 beta.
Pembaharuan ini telah disahkan bagi Galaxy A52 di Korea Selatan dan telah tersedia bagi Galaxy M23 di India. One UI 6 beta ini memerlukan storan sebanyak 2.6GB dan disertakan sekali bersama patch (tampalan) keselamatan Oktober 2023.
Sehubungan dengan itu, Galaxy M23 akan lengkap dengan versi firmware E236BXXU4ZWJ2 tetapi belum dimaklumkan lagi untuk Galaxy A52.
Bagi pengguna Samsung yang ingin memuat turun beta ini, mereka perlu menyertai program beta ini dengan memuat turun aplikasi Samsung Members dan tekan sepanduk jemputan (invite banner) pada skrin utama. Setelah anda telah didaftarkan, anda perlu pergi ke halaman ‘Settings‘ dan “Software Update” serta tekan muat turun untuk pasang One UI 6 beta ke dalam peranti anda.
Setakat ini, program beta One UI 6 adalah untuk peranti Galaxy S23, S22, A54, A53, Z Fold 5, Z Flip 5, A34, A52 dan A23 sahaja. Hal ini kerana pelancaran beta ini sukar untuk diramalkan dan tidak jelas akan kehadirannya di peranti mana selepas ini.
{suggest}
Sumber: Android Authority