Selepas Carl Pei meninggalkan syarikat OnePlus, beliau menubuhkan “Nothing”. Malah, seperti yang diketahui juga bahawa produk pertama mereka adalah fon telinga tanpa wayar.

Kini, Nothing akhirnya mengesahkan tarikh pengumuman fon telinga tanpa wayar tersebut yang diberi nama Nothing ear (1), iaitu pada 27 Julai 2021 ini.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lain berkaitan Nothing ear (1). Akan tetapi, mengingat kembali sekitar Mac yang lalu, mereka pernah memperlihatkan fon telinga tanpa wayar – Concept 1.

Berkemungkinan rekaannya adalah lebih kurang atau jauh lebih baik apabila ia diperkenalkan nanti. Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan kehadirannya.

Sumber: Nothing

Baca juga – Carl Pei Umum Syarikat Baharu, Dinamakan Sebagai Nothing

Baca juga – Guna ‘Setting’ YouTube Ini Agar Anak-Anak Tak Tonton Video Tidak Bermoral