Bagi anda yang sudah tidak sabar untuk menaik taraf peranti iPhone sedia ada atau melakukan “penghijrahan” kepada iPhone, mungkin telefon tersebut akan tiba ke Malaysia dalam masa terdekat.

Hal ini kerana ada laporan menyatakan terdapat produk Apple dengan nombor model A2643 tersenarai dalam pangkalan data SIRIM. Bahkan, tarikh perakuan itu juga masih segar, iaitu 12 September 2021.

Walaupun tidak memaparkan nama peranti tetapi ia dipercayai adalah iPhone yang baharu. Dengan ini, dijangka peminat tempatan boleh membelinya dalam beberapa minggu selepas pelancaran atau sekitar awal Oktober.

Tambahan lagi, beberapa bulan yang lalu, model yang sama juga telah muncul dalam pangkalan data EEC. Oleh yang demikian, nantikan pelancarannya pada awal pagi rabu ini.

Sumber: bestopedia

Baca juga: