PRISM+ semalam baru sahaja melancarkan rangkaian Televisyen Android (TV) premiumnya, iaitu Q-Series PRO.
Ekoran pendedahan TV terbesar Q86 PRO Quantum Edition yang mendapat sambutan pada awal tahun, PRISM+ melancarkan dua model lagi, iaitu Q65 PRO Quantum Edition dan Q55 PRO Quantum Edition.
Rangkaian Q-Series PRO dilengkapi dengan ciri Kawalan Suara Tanpa Tangan, Dolby Vision HDR, Dolby Atmos dan juga teknologi Quantum Color untuk memberi pengalaman mirip panggung wayang.
Q-Series Pro dijual pada harga RM2,399 bagi model 55-inci, RM3,299 bagi model 65-inci dan RM8,999 bagi model 86-inci.
Pembelian boleh dilakukan di gedung dalam talian rasmi PRISM+ dan juga gedung rasminya di Lazada.
Untuk membuat pembelian, anda boleh klik pada harga di bawah:
Sumber: Siaran akhbar PRISM+
Baca juga: