PRISM+ hari ini mengumumkan cawangan ketiga mereka di Malaysia dan ia terletak di dalam Paradigm Mall, Johor Bahru.
Ia juga menjadi kedai pertama PRISM+ di luar Lembah Klang dan hanya selepas 4 bulan kedai di IOI City Mall beroperasi.
Acara pembukaan besar-besaran PRISM+ di Paradigm Mall yang terletak di 2F-63 & 63A akan berlangsung pada Sabtu, 10 Jun 2023, jam 10 pagi.
Justeru, antara promosi yang diadakan ialah seperti diskaun tambahan 15% untuk barangan Logitech G (maksimum 1 papan kekunci, 1 tetikus dan satu headset setiap pelanggan).
- Percuma monitor F240n 24″ untuk pembelian TV Android 4K PRISM+ Q55-QE 55″ berharga RM1699
- Percuma elevate stand untuk pembelian monitor X340 PRO 165Hz 34″ berharga RM1599
- Percuma Arc Lite Monitor Arm untuk pembelian monitor X240 144Hz berharga RM599
- Monitor w220v 22″ berharga RM299
- Logitech G502 Hero (berwayar) berharga RM129
{suggest}
Sumber: Siaran Akhbar Prism+