Semalam, Principal Asset Management (Principal) dengan kerjasama Touch n Go melancarkan Dana Principal e-Cash. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan eWallet pertama dalam industri itu di Malaysia.

Principal berkata bahawa dana ini boleh didapatkan dalam tempoh terdekat menerusi TNG Digital.

Selain itu, kerjasama yang dilakukan ini juga adalah untuk memacu pembangunan dalam penyelesaian pelaburan eWallet untuk rakyat Malaysia.

Tambahan lagi, ia juga bertujuan bagi memupuk rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan, berjimat dan berbelanja melalui eWallet.

Dua tahun yang lalu, Principal telah memperkenalkan dana terpilih melalui platform pelaburan dalam talian diri KWSP, i-invest untuk menggalakkan rakyat melabur secara digital.

Sumber: Siaran Akhbar Principal Asset Management