Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

‘Prestasi’ Twit Kini Boleh Diketahui Semua Pengguna Twitter

Posted on Disember 23, 2022

Twitter mengumumkan bahawa sebuah ciri baharu telah pun dikeluarkan untuk semua pengguna Android dan iOS.

Ciri kali ini akan membenarkan pengguna untuk melihat berapa ramai yang melihat tweet mereka atau pun mana-mana pengguna yang lain.

Replies and likes don’t tell the whole story. We’re making it easier to tell *just* how many people have seen your Tweets with the addition of view counts, shown right next to likes. Now on iOS and Android, web coming soon.https://t.co/hrlMQyXJfx

— Twitter Support (@TwitterSupport) December 22, 2022

Apabila berada di dalam aplikasi tersebut, pengguna boleh melihat bilangan pengguna lain yang melihatnya. Kiraan itu bersebelahan dengan komen, retweet dan butang suka.

Namun, tidak semua tweet akan terlihat bilangan yang melihatnya. Ini merupakan contoh bilangan yang dapat dilihat melalui timeline dan di dalam perincian tweet tersebut.

Menurut Twitter, kiraan ini bergantung kepada berapa ramai yang melihat tweet tersebut sama ada daripada timeline, profil mahupun dalam hasil carian.

Mungkin ia bukannya perkara baharu untuk pengguna yang lebih kerap memuat naik video berbanding daripada bentuk teks sahaja.

Menurut Elon Musk, tujuan ketersediaan ciri ini adalah untuk menunjukkan pengguna-pengguna Twitter masih “hidup”. Butang suka dan komen tidak mencukupi kerana ada sesetengah pengguna yang lebih suka membaca tetapi tidak memberi sebarang maklum balas (seperti saya).

Twitter is rolling out View Count, so you can see how many times a tweet has been seen! This is normal for video.

Shows how much more alive Twitter is than it may seem, as over 90% of Twitter users read, but don’t tweet, reply or like, as those are public actions.

— Elon Musk (@elonmusk) December 22, 2022

Namun, membiarkan maklumat seperti ini dikongsi secara umum merupakan langkah yang berbeza dari syarikat media sosial yang lain.

{suggest}

Sebagai contoh, Instagram dan Facebook membenarkan penggunanya untuk menyembunyikan bilangan suka untuk setiap muat naik.

Malah, YouTube juga telah menyembunyikan jumlah butang tidak suka yang diberikan jadi hanya pencipta diberi akses untuk melihatnya.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress