Intel Core i9-13900K merupakan salah satu cip pemprosesan untuk generasi ke-13 yang akan dilancarkan Intel tidak lama lagi. Dan cip tersebut adalah yang paling berkuasa dalam siri tersebut.
{suggest}
Berdasarkan maklumat terbaru ujian prestasi (Ashes of The Singularity) cip tersebut menunjukkan ia mampu memberikan prestasi sekitar 24% lebih pantas berbanding pendahulunya, i9-12900K.
Berdasarkan skor di atas,Intel Core i9-13900K mencatatkan kadar bingkai purata sekitar 204.7 fps. Skor tersebut 24% lebih laju berbanding i9-12900K yang hanya mempunyai skor 165.3 fps pada tetapan yang sama.
Intel gen-13 Raptor Lake dijangkakan hadir pada bulan Oktober ini selepas pelancaran AMD Ryzen 7000 pada bulan September.
Sumber: wccftech
Gambar utama: wallpaperaccess