Dalam laporan terbaru yang diterbitkan oleh OOKLA, Malaysia berada di tangga ke-4 bagi prestasi rangkaian 4G berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Menurut OOKLA, prestasi rangkaian 4G Singapura adalah yang terpantas dengan kelajuan muat turun mencecah sehingga 44.11Mbps.
Diikuti Vietnam (34.89Mbps) dan Thailand (24.86Mbps).
Kelajuan muat turun dengan rangkaian 4G di Malaysia pula setakat suku pertama tahun 2022 adalah selaju 22.41Mbps, diikuti Indonesia (16.25Mbps), Filipina (15.53Mbps) dan Cambodia (14.74Mbps).
Walaubagaimanapun, liputan rangkaian 4G di Malaysia setakat suku pertama tahun 2022 pula sudah hampir mencecah 100% dengan ketersediaan liputan sehingga 92.3%.
Mengatasi Indonesia (90.5%), Cambodia (88.4%), Thailand (88.3%), Filipina (84.8%) dan Vietnam (82.9%).
Sumber: Ookla
Baca juga:
- SKMM: Liputan 4G Seluruh Negara Meningkat Ke 97%, 3G Masih Belum Tamat
- Empat Syarikat ’Telco’ Berjaya Siapkan 60 Menara Baru 4G, Digi Alami Isu
- Telefon Bajet Terbaik Pertengahan 2022